ARTIKEL PILIHAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

Garis Panduan Perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)

Garis Panduan ini adalah merupakan satu dokumen panduan dan rujukan kepada semua pihak mengenai syarat-syarat kelayakan/perkhidmatan, prosedur, peraturan, standard dan tatacara kawal selia bagi pemberian lesen melaksanakan perkhidmatan dan mengoperasikan pusat pemeriksaan kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

MOT dan JPJ pada bila-bila masa akan mengemaskini mana-mana maklumat yang terkandung di dalam Garis Panduan ini. MOT dan JPJ juga berhak untuk menetapkan lain-lain syarat pelesenan yang tidak terkandung di dalam Garis Panduan ini.

Senarai kawasan perkhidmatan PPKM yang ditawarkan telah boleh dimuaturun untuk panduan dan rujukan.

Borang Permohonan PPKM hendaklah diisi bagi setiap kawasan perkhidmatan  PPKM. Permohonan PPKM boleh mula dikemukakan kepada JPJ mulai 1 Jun 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Sebarang pertanyaan berhubung permohonan PPKM boleh diemelkan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ melalui ppkm.ka@jpj.gov.my

Sebelum